Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

Digital
25 Jan 2023 • 10:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus telah menjadualkan pelancaran OnePlus 11 di peringkat global pada 7 Februari 2023 ini. Menjelang tarikh pelancaran itu, sedikit demi sedikit maklumat rasmi tentangnya telah dikongsikan oleh pengeluar.

image is not available
OnePlus 11

Untuk pasaran Malaysia, entri OnePlus 11 sudahpun berada dalam pengkalan data SIRIM yang menandakan pelancarannya di Malaysia juga semakin hampir.

@soyacincautiktok We've gotten early access to the latest flagship from OnePlus, the OnePlus 11. This is the unboxing #soyacincautiktok #sembanggadget #unboxing #OnePlus #oneplusmalaysia #oneplus11 #cloud11 #Hasselblad #ASMR #flagshipphone ♬ original sound – SoyaCincautiktok

Rekaan OnePlus 11 kekalkan DNA OnePlus 10T

OnePlus 11 dilihat mewarisi DNA rekaan OnePlus 10T dan OnePlus 10 Pro. Paling ketara adalah posisi modul kamera yang mempunyai kemasan berwarna perak. Pada badan yang Eternal Green ini, komponen kamera seperti telah dislot masuk ala telefon modular.

image is not available
OnePlus 10 Pro

image is not available
OnePlus 10T

Berbanding OnePlus 10T, modul kamera kali ini terletak di dalam bulatan.

image is not available
OnePlus 11

Rekaan ini mungkin diinspirasikan daripada Honor Magic4 Pro, cuma bezanya, modul kamera flagshi Honor itu teletak di bahagian tengah. Kelihatan ada tiga buah kamera dan bulatan kecil keempat adalah tempat lampu LED yang akan menyala sewaktu gambar diambil dalam keadaan gelap.

image is not available
Honor Magic4 Pro

Cap Hasselblad juga didapati kembali setelah ia menghilangkan diri daripada OnePlus 10T. Makanya, kita boleh jangkakan pengalaman kamera setara OnePlus 10 Pro sewaktu cap Hasselblad pada OnePlus mula-mula sekali diperkenalkan.

image is not available

Lagi tentang kamera, iterasi kali ini meletakkan kamera di bahagian penjuru kiri paparan, seperti OnePlus 10 Pro berbanding di bahagian tengah pada OnePlus 10T.

image is not available

Seperti kelazimannya, panel belakang diperbuat daripada kaca. Hampir pasti yang ia menggunakan Corning Gorilla Glass. Persoalannya adakah ia versi yang lebih baharu seperti Gorilla Glass Victus ataupun dikekalkan pada Gorilla Glass 5 bagi mengoptimumkan kos pengeluaran. Jadinya, sebahagian besar telefon ini dilapisi dengan kaca Corning Gorilla.

image is not available

Satu masalah normal sebuah telefon berkemasan kaca adalah ia mudah comot dan perlu selalu dilap kecualilah anda menggunakan casing yang hadir bersamanya.

image is not available

Kemudian, di kedua-dua sisi telefon, OnePlus menerapkan rekaan unibody yang kemas seperti yang sepatutnya sebuah flagship ada. Tempat pertemuan paparan dengan kerangka badan adalah hampir rata.

image is not available

Sebanyak empat butang fizikal hadir pada OnePlus 11. Di bahagian kanan, anda boleh temui butang kuasa, kemudian suis mode yang menjadi ikon kepada telefon OnePlus.

image is not available

Di bahagian kiri, anda dihidangkan dengan butang kawalan suara.

image is not available

Lain-lain komponen masih boleh ditemuikan di tempat biasa. Anda boleh cari port USB-C di bahagian bawah dan disebelahnya ada slot kad SIM yang menyokong sehingga 2 kad slot. Jeriji speaker di bahagian bawah lebih besar berbanding bahagian atas.

image is not available

OnePlus 11 sudahpun dijual di China

Sekiranya OnePlus 11 yang dilancarkan di China juga adalah yang sama yang akan dilancarkan di peringkat global dan akhirnya masuki Malaysia, anda bolehlah nantikan sebuah flagship dengan Snapdragon 8 Gen 2 tak lama lagi.

image is not available

OnePlus 11 adalah sebuah telefon yang ada panel paparan sebesar 6.7". Ia gunakan panel OLED dengan kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz. Atas papan utama, selain Snapdragon 8 Gen 2, anda juga bakal temui RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Tangki bateri yang diberikan padanya mempunyai kapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 100W, lebih rendah berbanding 150W yang boleh ditemukan pada OnePlus 10T dahulu.

image is not available

Di bahagian kamera, tiga buah kamera belakang masing-masing mempunyai tugasan tertentu disediakan. Kamera utamanya ada sensor 50MP dan dua lagi kamera adalah kamera ultralebar 48MP dan kamera telefoto 32MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 16MP.

Di China, berikut adalah harga jualan OnePlus 11:

  • RAM 12GB + Storan 256GB CNY3,999 (RM2,551)
  • RAM 16GB + Storan 512GB CNY4,899 (RM3,125)

Bacaan berkaitan