
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan GRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata kenyataan yang dibuat oleh Yong berkenaan cadangan SAPP agar GRS bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah adalah pandangan peribadi beliau dan parti SAPP.
“Kita menghormati pandangan beliau namun ia bukanlah melambangkan pandangan GRS secara kolektif,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Nizam, perkara berkaitan kerusi DUN Sabah untuk pilihan raya negeri yang akan datang belum lagi dibincangkan oleh pimpinan tertinggi dalam GRS kerana fokus Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah pada masa ini ialah untuk terus komited melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan YAB DSP Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri adalah stabil dan berjalan dengan baik atas sokongan semua pihak dari GRS dan PH Sabah.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kita hargai dan berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan pimpinan PH Sabah terutama sekali semasa kita menghadapi ‘Langkah Kinabalu’ pada awal tahun ini iaitu krisis politik yang ditimbulkan oleh Warisan dan sebahagian pimpinan Umno Sabah.
“Sokongan dan kerjasama yang telah terjalin dalam kerajaan Perpaduan GRS Plus hari ini dapat diperkukuh dan diteruskan demi kebaikan rakyat dan kepentingan negeri Sabah tercinta,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
