Pandangan peribadi Yong: Hajiji

Politics
18 Aug 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah adalah kerajaan perpaduan yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah dan oleh itu semua komponen kerajaan perpaduan ini termasuk Barisan Nasional (BN) akan bersama-sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ingin nyatakan bahawa dalam pilihan raya akan datang, kita berada dalam kerajaan perpaduan, termasuk PH di Sabah, jadi kita tidak boleh berpisah dengan rakan, PH dan lain-lain termasuk BN.

“Sebab kita mahu bangunkan Sabah dan rakyat Sabah. Jadi cukuplah terlalu banyak berpolitik di sana-sini sehingga menimbulkan huru-hara,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Jabatan Pendidikan Sabah 2023 di Magellan Sutera Harbour, di sini Khamis.

Hajiji diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee baru-baru ini yang antara lain mencadangkan parti-parti berpangkalan di semenanjung untuk tidak bertanding pada PRN akan datang dan GRS bertanding di semua 73 kerusi DUN.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hajiji, yang juga Pengerusi GRS dan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), berkata itu adalah pandangan peribadi Yong.

“Itu adalah pandangan peribadi Yong. Dalam GRS kita mempunyai tujuh parti komponen dan kita masih belum membincangkan perkara ini kerana pilihan raya akan datang masih jauh, masih ada dua tahun lagi.

“Sekarang ini kita fokus untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat kita, menyelesaikan masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik dan sebagainya. Ini adalah fokus dan tujuan utama kami sekarang.

“Tetapi saya ingin menegaskan dan menyatakan bahawa Kerajaan Sabah diterajui oleh GRS dan juga PH Sabah. Kami amat berterima kasih kepada PH. Jadi pada saya, ini adalah isu yang perlu kita bincangkan secara menyeluruh,” katanya.

GRS terdiri daripada Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), SAPP, Pertubuhan United Sabah National Organization (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Liberal Democratic Party (LDP).

Hajiji juga berkata, Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Sabah dan Kerajaan Negeri akan membantu kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat Sabah terutamanya golongan muda supaya mereka cemerlang dalam pelajaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.