Pandu tanpa lesen, guna MyKad palsu

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 10:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang warga Indonesia yang didakwa bekerja sebagai pemandu pelancong ditahan kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah serta menggunakan MyKad palsu.

Menurut laporan dibuat oleh anggota Polis Trafik semasa menjalankan tugas penguatkuasaan lalu lintas di pekan Kundasang, suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta jenis Axia berwarna putih.

Pemeriksaan ke atas kad pengenalan yang digunakan mendapati maklumatnya tidak wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus mengesahkan ia palsu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Suspek kini disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, dia juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.

Kenderaan yang dipandunya turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemilik berdaftar kenderaan tersebut juga akan dikenakan tindakan mahkamah kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu yang sah menggunakan kenderaan mereka, di bawah Seksyen 26(1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut.

View Original Article