Pandu tidak cermat: Dua wanita didenda RM5,500

LocalCars
20 Feb 2025 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua pemandu wanita didenda RM5,500 setiap seorang kerana memandu tanpa kecermatan sehingga merempuh sebuah kedai sejuk beku daging khinzir dan tiang lampu jalan milik SESB dalam kemalangan berasingan.

Wong Soo Chin, 62, dan Anisa Muin Julhusin, 35, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, terhadap pertuduhan dihadapi mereka, pada Rabu.

AdvertisementUntuk Wong, jika dia gagal membayar denda, dia akan dipenjara sebulan manakala untuk Anisa, berdepan dua bulan penjara jika gagal membayar denda/

Wong didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Kedai Economic, Lorong Bintang sekitar jam 7.30 pagi pada 9 Februari 2025, manakal Anisa melakukan kesalahan sama di Batu 15, Jalan Apas sekitar jam 1 petang pada 25 Januari, tahun ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 dan RM10,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Wong meletakkan kereta jenis Proton Saga dipandunya di petak parkir hadapan premis kedai tanpa mematikan enjin memandangkan ada seorang penumpang berada di dalam kenderaan.

AdvertisementBagaimanapun, kereta itu bergerak ke hadapan dan merempuh premis kedai kerana dia terlupa menukar gear ke ‘P’ ketika turun. Akibat kejadian itu, kedai terbabit mengalami kerugian RM60,655.05.

Dalam kemalangan melibatkan Anisa, dia memandu di lorong kanan tanpa menyedari ada kenderaan lain di belakangnya. Apabila kereta lain itu memotongnya, dia terkejut lalu hilang kawalan dan ternaik ke tengah pembahagi jalan serta melanggar tiang lampu jalan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketika kejadian, Anisa memandu Proton Persona dan menghala ke Lahad Datu dari Tawau bersama empat penumpangnya. Kejadian itu mengakibatkan kerugian RM10,000 dan laluan jalan menjadi gelap pada waktu malam.

Wong, dalam mitigasinya, memohon hukuman ringan kerana dia merupakan ibu tunggal dan hanya bergantung hidup kepada anak-anaknya yang mempunyai pendapatan tidak tetap.

“Saya tiada duit bayar RM5 000. Saya pun bukan sengaja (langgar premis),” katanya kepada mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Trafik, ASP Joan Lee memohon hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai memberi pengajaran kepadanya dan pemandu lain, khususnya pemandu kereta automatik agar sentiasa berhati-hati ketika meletak kenderaan.

Demikian juga pemandu perlu berada di laluan yang betul semasa memandu dengan tidak ‘memandu santai’ di laluan laju sehingga mengakibatkan kemalangan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili.