Musim panas kini benar-benar terasa di Malaysia, dengan suhu harian yang semakin meningkat dan ada kawasan mencatatkan sehingga 42°C akibat pengaruh Monsun Barat Daya.
Cuaca panas dan kering ini bukan sahaja membuatkan aktiviti harian terasa lebih mencabar, malah pendedahan berpanjangan kepada haba boleh memberi tekanan kepada tubuh.
Kesan cuaca ini mula dirasai dalam rutin harian, badan cepat letih, selera makan berkurangan, dan tumpuan semakin merosot terutama pada waktu tengah hari. Jika tidak diurus dengan baik, keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan dan produktiviti, menjadikan penting untuk kita lebih peka terhadap perubahan yang dialami oleh tubuh sepanjang musim panas ini.

Keletihan haba jarang datang dengan tanda yang jelas. Ia menyusup secara perlahan dan hadir dalam diam, menjelma sebagai pening di waktu rehat tengah hari, kekejangan otot yang muncul entah dari mana, dan keletihan yang tidak terubat walau dengan secawan kopi. Sistem penyejukan tubuh(keajaiban semula jadi manusia) mula goyah di bawah bahang yang tiada penghujungnya.
Bagi kanak-kanak kecil, warga emas, dan mereka yang lama terdedah di bawah matahari, risikonya jauh lebih tinggi. Apabila keletihan haba berubah menjadi strok haba, tubuh pun menyerah, berhenti berpeluh, berhenti melawan. Ini merupakan satu kecemasan yang menyamar sebagai sekadar ‘cuaca panas’.
Oleh itu, sebelum bahang ini mula menggugat tenaga dan emosi anda, berikut adalah beberapa cara bijak untuk kekal tenang dan segar menghadapi hari yang membara.
1. Kekal Di Ruang Dalam (juga dikenali sebagai Seni Bersembunyi Secara Strategik!)
Rasa pening bila melangkah keluar? Itu adalah isyarat untuk berundur.

Antara waktu tengah hari hingga jam 4 petang, matahari berubah menjadi pembuli paling garang di Malaysia, malah berjalan seketika ke kafe kegemaran juga membuatkan tubuh badan bagaikan berada berhampiran relau panas. Jika anda benar-benar perlu keluar, bawa payung untuk berlindung daripada terik mentari dan luangkan masa di ruang dengan penyaman udara.
2. Tingkatkan Hidrasi
Apabila dahaga mula terasa, sebenarnya anda sudah lama memerlukan hidrasi. Tubuh anda telah lama kehilangan air melalui peluh, nafas, dan hakikat hidup di bawah panas yang tak berkesudahan ini.
Mereka yang bekerja di ruang berhawa dingin juga boleh mengalami kekurangan air tanpa disedari.

Hidrasi bukan sekadar tentang air minuman, ia memerlukan strategi yang menyeluruh. Selain botol air yang perlu sentiasa di sisi, lebih baik lagi jika diisi dengan air sejuk dan bersih daripada Penulen Air LG PuriCare™.
Selain itu, jangan lupakan sumber hidrasi semula jadi seperti timun, tembikai dan buah beri, pilihan alam yang segar, sihat dan penuh hidrasi dalam bentuk yang boleh dimakan.
3. Nilai Sejuk, Harga Ketenangan
Apabila membuka tingkap terasa seperti satu gurauan kejam dan kipas hanya menolak udara panas berlegar-legar, penyaman udara bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Namun dengan penggunaan tanpa henti, bil elektrik boleh melonjak lebih pantas daripada suhu di luar.
Langkah yang lebih bijak? Laburlah dalam kecekapan. Penyaman Udara AI Air daripada LG membawa pengalaman penyejukan ke tahap baharu dengan penarafan kecekapan tenaga 5 bintang, membantu anda mengurangkan penggunaan tenaga sambil memaksimumkan prestasi.

Teknologi AI terbina dalam berfungsi untuk melaraskan tetapan secara automatik bagi memastikan suasana dalaman kekal selesa, tidak kira betapa teriknya cuaca di luar.
Dengan jaminan lanjutan serta pakej penyelenggaraan yang disertakan, ia menjadi perlindungan tambahan untuk ketenangan minda anda ketika panas enggan reda – kerana perkara terakhir yang anda perlukan dalam gelombang haba ialah penyaman udara yang rosak bersama bil pembaikan yang tinggi!
4. Seni Berpakaian di Musim Membara
Dalam cuaca panas begini, soal gaya bukan lagi keutamaan, yang pentingnya keselesaan dan ketahanan. Fabrik longgar yang diperbuat daripada kapas dan linen menjadi sahabat terbaik, bukan sahaja selesa, ia turut menjadi perisai saat cuaca membara.
Pilihan warna juga memainkan peranan. Sarunglah pakaian yang berona cerah kerana ia memantulkan haba. Fabrik gelap pula menarik haba panas seperti besi di bawah matahari.

Selain itu, jangan pandang ringan peranan aksesori. Topi bertepi lebar, cermin mata hitam UV, dan pelitup muka berfabrik nipis turut befungsi sebagai sistem kawalan cuaca peribadi anda.
5. Tingkatkan Keselesaan Rumah Anda
Tanpa disedari, rumah sendiri pun boleh menjadi jerat haba yang memerangkap bahang siang hari seperti rumah hijau. Atasi keadaan ini dengan menutup langsir ketika matahari terik, buka tingkap untuk pengudaraan silang pada waktu petang untuk membawa sedikit kelegaan, dan cuba tip penyejukan mudah seperti meletakkan mangkuk ais berhampiran kipas.
Satu lagi kebiasaan yang mesti dielakkan ialah memasak pada waktu paling panas! Setiap perkakas yang menjana haba sebenarnya menyumbang kepada bahang di rumah anda. Dapur gas, ketuhar, dan periuk nasi, semuanya seperti relau kecil yang meningkatkan suhu di ruang kediaman.

Gelombang haba yang melanda Malaysia ketika ini bukan sekadar panas yang singgah seketika, tetapi tekanan berpanjangan yang menguji tubuh, minda dan rutin seharian. Menafikannya hanya mengundang padah.
Suhu yang kian meningkat memaksa kita menyesuaikan cara hidup. Sama ada di tengah hutan konkrit Kuala Lumpur, di ruang kerja yang semakin sesak, atau di malam yang hangat tanpa hembusan angin, hanya mereka yang bersedia akan mampu bertahan.
Dengan tabiat bijak, strategi penyejukan yang efisien, dan sedikit perubahan dalam gaya hidup, kita bukan sahaja mampu bertahan, tetapi belajar untuk hidup dengan bahang yang semakin perit. - Getaran, 31 Mac 2026


