Panggil Anak Tiri ‘Anak Perempuan Saya’ Jadi Isu, Faezah Elai Sekolahkan Netizen – “Otak Tinggal Kat Jamban”

Entertainment
26 Nov 2026 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempertikaikan peranannya sebagai ibu tiri kepada tiga orang anak suaminya, Heykal Hanifah.

Isu tersebut tercetus selepas Faezah berkongsi kejayaan anak tirinya yang kini bergelar peguam dengan menggunakan panggilan ‘anak perempuan saya’ dalam sebuah hantaran di media sosial.

Advertisement

Anak tiri Faezah Elai

Menerusi sebuah perkongsian video, pelakon berusia 44 tahun itu menegaskan bahawa bukan semua anak daripada pasangan yang bercerai berada di bawah jagaan ibu kandung.

Faezah menjelaskan bahawa dia turut menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak suaminya, termasuk menjaga keperluan harian dan pendidikan mereka.

Malah, anak tirinya yang kini bergelar peguam itu sudah dijaganya sejak berusia 11 tahun.

posting Faezah Elai

Bukan semua ibu tiri jahat

Dalam masa sama, Faezah turut menyangkal stigma negatif masyarakat yang sering menganggap ibu tiri bersikap kejam terhadap anak-anak bukan darah daging sendiri.

Bukan semua mak tiri ini jahat ya.

Menurut Faezah, dia tidak memerlukan pengesahan daripada mana-mana pihak untuk berkongsi mengenai anak-anak tirinya di media sosial.

Ibu kandung tidak pernah berkecil hati

Jelas pelakon itu lagi, ibu kandung kepada anak-anak tirinya sendiri tidak pernah berkecil hati dengan perkongsian tersebut kerana memahami tanggungjawab yang dipikulnya selama ini.

Faezah turut menegaskan bahawa dia sudah menganggap mereka seperti anak kandung sendiri.

Saya sendiri pun tidak pernah sebut yang mereka adalah anak tiri, tidak pernah.

View this post on Instagram

Susulan itu, Faezah menasihati netizen supaya lebih matang dalam memberikan komen dan tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Sekadar info, Faezah mendirikan rumah tangga bersama Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata. Heykal turut mempunyai tiga orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azar azmi2026-04-17 09:04:05

Azar Azmi Perjelas Isu Jadi 'Perampas' Suami Orang, Nafi Jaga Kesemua 7 Anak Tiri - "Mak Kandung Mereka Masih Hidup Lagi"

The post Panggil Anak Tiri ‘Anak Perempuan Saya’ Jadi Isu, Faezah Elai Sekolahkan Netizen – “Otak Tinggal Kat Jamban” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved