Panggil mahasiswa sertai demonstrasi beri keterangan tidak wajar - AMK

LocalPolitics
1 Feb 2025 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haziq Azfar (Laporan Sinar Harian berhubung Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang mahukan politik Malaysia bersih)

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan pihak berkuasa memanggil 13 orang individu dalam kalangan mahasiswa yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah adalah tidak wajar.

Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan kepada orang ramai sebelum perhimpunan itu bahawa kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan.

"⁠Walaupun pihak berkuasa bertindak berdasarkan prosedur, keputusan memanggil peserta perhimpunan aman tersebut bagi memberi keterangan wajar dinilai semula dan ditarik balik kerana tidak sejajar dengan dasar dan pendekatan kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan polis memanggil 13 pelajar universiti yang terlibat dalam perhimpunan tersebut pada 25 Januari lalu untuk memberikan keterangan.

Penyelaras mobilisasi penganjur perhimpunan, Tobey Qi-Sean ketika dihubungi sebuah portal memaklumkan dia menerima panggilan daripada pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved