Panggilan Fatima Kepada Amira Othman Selepas Jadi Ibu Tiri Undang Perhatian Ramai

EntertainmentFamily & Parenting
16 Sep 2025 • 1:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fattah Amira Fatima

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu, kemesraan Amira Othman bersama anak tirinya, Nur Fatima Aisya mencuri perhatian ramai.

Ramai peminat tertanya-tanya, panggilan apa yang digunakan Fatima untuk Amira? Soalan itu akhirnya dijawab oleh Fattah Amin sendiri ketika siaran langsung di TikTok pada malam Isnin.

Fatima panggil Mira, Aunty Mira. Baru kahwin semalam.

Menurut laporan mStar, gelaran itu membuatkan ramai netizen terhibur dan memuji keakraban yang mula terjalin antara pasangan baharu dan anak kecil itu.

Fattah Amin dan Amira Othman sekufu dalam pemikiran

image is not available

Dalam live tersebut juga, Fattah turut meluahkan rasa syukur kerana dia dan Amira selesa bersama kerana berkongsi pandangan hidup yang sama.

Kami ada satu topik yang suka dikongsikan bersama mengenai agama. Tujuan hidup saya dengan Amira ini sama.

Bila cakap mengenai sesuatu hal, fikiran dan apa yang kami percaya sama. Kami akan setuju dan perkara itu jadi seronok.

Fattah menegaskan asas hubungan yang kukuh adalah meletakkan agama dan tujuan hidup sebagai keutamaan, supaya pasangan dapat bergerak seiring tanpa rasa goyah.

Netizen puji pasangan baharu

image is not available

Rata-rata warganet di ruangan komen meluahkan rasa suka melihat keserasian pasangan pengantin baru ini. Malah, ada yang menyifatkan mereka berdua benar-benar sekufu dari segi pemikiran dan nilai hidup.

Pssttt! Hubungan rumah tangga yang bahagia bermula dengan asas yang kukuh agama, tujuan hidup, dan saling memahami. Nama panggilan mungkin kecil, tapi kasih sayang itulah yang utama.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.

View Original Article