“Panjangnya kuku. Muka tak ada aura keimanan,” -Netizen tegur Azfar Heri

Entertainment
23 May 2024 • 11:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Panjangnya kuku..”demikian kritikan yang diterima oleh pempengaruh media sosial, Azhar Heri.

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam dikritik pengguna TikTok selepas memuat naik video di sebuah kedai serbaneka di Bali, Indonesia bersama beberapa rakan.

image is not available

M Mart ‘haul’ di Bali

Menerusi hantaran dimuat, Azhar dilihat bersama rakan pempengaruh Imran Bard dan Daisey sedang meluangkan waktu bersama di kedai serbaneka berkenaan sewaktu percutian mereka di Bali.

Dalam video tersebut, mereka bertiga dilihat membeli beberapa barangan seperti mi segera, ayam goreng dan air kopi sebelum mencipta memori makan di luar kedai berkenaan.

“M Mart haul dekat Bali! Pukul 12 pagi jalan jalan buat kenangan,”tulisnya ringkas.

@azfarherii

M Mart haul dekat Bali ! Pukul 12 pagi jalan jalan buat kenangan @Daisey Gorgeous @Anaq Kiriman Heaven

♬ [Live Recording] Flute Jazz Bossa Nova – arachang

“Panjangnya kuku…”

Bagaimanapun, hantaran video berdurasi dua minit lima puluh lapan saat itu menerima satu komen yang menarik perhatian pempengaruh berusia 26 tahun.

Dakwa individu terbabit, muka pempengaruh itu seperti tiada aura keimanan selain mempunyai kuku yang panjang.

“Panjangnya kuku. Muka tak ada aura keimanan,”dakwanya.

Komen tersebut telah menarik perhatian Azfar Heri dengan memberi ‘sindiran’ untuk melihat wajah pemilik akaun berkenaan.

image is not available

Sementara itu, meninjau di platform X, Azfar memaklumkan dia tidak menyangka video di kedai serbaneka berkenaan menerima komen yang menyifatkan mukanya tiada aura keimanan.

“Padahal aku post video aku pergi Mart je kot. Terus takda aura keimanan,”katanya.

image is not available

Hebatnya boleh tengok aura keimanan

Netizen turut meluahkan ketidaksangkaan apabila keimanan juga dapat dilihat menerusi wajah dan pemakaian seseorang.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @azfarherii, X Azfarheri

View Original Article