Pantai Teluk Kemang Kini Bebas Khemah Biru, Pemandangan Kembali Indah!

LocalTravel
24 Nov 2024 • 1:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
teluk kemang

Keindahan Pantai Teluk Kemang kini dapat dinikmati sepenuhnya selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru menghentikan operasi mereka pada 18 November lalu.

Langkah ini ternyata membawa perubahan besar kepada suasana pantai popular di Port Dickson.

Pemandangan pantai Teluk Kemang kini lebih terbuka

image is not available
Kan luas pemandangan tu. Lebih bahagia abang dan akak tu…

Pengunjung pada hujung minggu lalu juga dilihat semakin selesa berkelah tanpa gangguan deretan khemah. Atifah Norman, 26, dari Semenyih, Selangor, menyatakan keindahan pantai ini lebih terserlah.

Sebelum ini, pemandangan pantai terhalang oleh khemah. Sekarang, saya lebih seronok datang berkelah dengan keluarga.- Katanya.

Harapan pengunjung perubahan ini kekal…

image is not available
Nampak tu? Penuh dengan khemah biru… Oh! Teluk Khemah

Mohamad Afizan Mohamed Aris, 46, dari Kuala Pilah, juga meluahkan rasa puas hati dengan perubahan tersebut.

Pantai ini lebih tenang tanpa khemah-khemah biru. Kita datang ke sini untuk nikmati keindahan alam, bukan pemandangan khemah.- Ujarnya.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan agar suasana ini kekal terpelihara.

Langkah tegas MPPD!

Arahan menghentikan perniagaan sewaan khemah ini turut melibatkan pantai lain seperti Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. MPPD menyatakan tindakan ini adalah sebahagian usaha menambah baik perkhidmatan dan suasana di pantai-pantai utama Port Dickson.

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), MPPD berhak memindahkan sebarang halangan tanpa notis sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.

#OhmediaNasihat

Keindahan pantai adalah khazanah yang perlu dijaga untuk generasi akan datang. Langkah seperti ini menunjukkan pentingnya keseimbangan antara perniagaan dan pemeliharaan alam.

Semoga Pantai Teluk Kemang terus kekal indah dan menjadi tarikan pelancongan terbaik untuk semua!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian