Pantai timur diramal alami hujan berterusan tahap buruk hingga Isnin

28 Jan 2023 • 2:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri pantai timur serta selatan tanah air sehingga Isnin ini (30 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved