Pantang Jumpa Si Bulus, Anak Kongsi Perangai Si Ibu Suka Bawa Balik Kucing [Video]

Entertainment
8 Aug 2023 • 5:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tahukah anda, kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan individu untuk membelanya.

Ini kerana sifat fizikal dan tingkah lakunya yang comel membuatkan orang ramai akan tertawan kepadanya terutamanya pencinta kucing.

Buat penggemar haiwan comel ini, pasti sukar untuk menolak haiwan ini dan sanggup mengambilnya sebagai haiwan peliharaan terutama ketika terjumpa di mana-mana lokasi walaupun telah mempunyai beberapa ekor kucing di rumah.

Setiap Kali Pergi Pasar, Mesti Bawa Balik Kucing

Begitu juga yang terjadi kepada gadis ini apabila ibunya yang merupakan pencinta haiwan pasti akan membawa balik kucing setiap kali pulang daripada pasar.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @tyraa, kelihatan ibunya sedang memangku anak kucing sambil membawa barang-barang yang dibeli di pasar menuju ke kereta.

“Setiap kali pergi pasar, mesti bawa balik kucing, dekat rumah dah macam pusat kebajikan kucing,” katanya di video tersebut.

Malah, menerusi video yang telah menerima lebih 600 ribu tontonan, kelihatan ibu gadis berkenaan memintanya untuk membuka tingkap bagi mengambil kucing tersebut. Menurut gadis itu, ibunya gemar membawa pulang kucing yang dijumpai di tepi jalan.

“Sejenis tidak boleh tengok kucing macam ni tepi jalan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan ibu gadis tersebut yang sanggup mengambil dan memelihara haiwan comel itu.

Malah, ada di antara mereka yang mendoakan ibu gadis itu dimurahkan rezeki kerana sanggup membela makhluk Allah itu.

Terima Kasih Mak Cik, Semoga Mak Cik Dapat Syurga Tertinggi

image is not available

image is not available

image is not available

Untungla Emak Suka Kucing

image is not available

Macam Mama & Kakak Saya, Kucing Bebanyak

image is not available

Samalah Sis, Kita Tak Boleh Tengok Kucing Terbiar Je

image is not available

Source: