
HANYA menggunakan telefon pintar, kadar ritma jantung dan nadi boleh dipantau dengan mudah menggunakan aplikasi Heart Rate Monitor-Pulse.
Dengan bayaran sebanyak RM21.99, lebih 5 juta pengguna sudah memuat naik aplikasi berkenaan.
Cara penggunaannya juga amat mudah. Hanya meletakkan hujung jari anda di kamera telefon, Heart Rate Monitor-Pulse boleh mengesan kadar degupan jantung.

Untuk mendapatkan bacaan lebih tepat, para pengguna dinasihat menggunakan aplikasi tersebut secara kerap sama ada selepas bangun pagi, bersenam atau sebelum tidur.
Rekod sedia ada juga boleh dijadikan rujukan untuk berjumpa dengan doktor.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
The post Pantau tekanan darah, ritma jantung dengan aplikasi Heart Rate Monitor-Pulse. Mudah je, tak perlu beli alat appeared first on Sinar Plus.


