‘Papa jaga macam anak sendiri.’ Anne Ngasri sedih pemergian Jaafar Onn, imbas kenangan berlakon Cili Padi

Entertainment
4 Apr 2024 • 2:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BAGI generasi 90-an, tentu masih ingat dengan sitkom Cili Padi yang disiarkan pada sekitar tahun 1993.

Dibintangi Allahyarham Jaafar Onn sebagai Cikgu Jaafar ia turut memaparkan lakonan pelakon cilik, Datin Anne Ngasri yang memegang watak Lili di samping Melissa Saila, Tam Suhaimi dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Biarpun lebih 30 tahun berlalu, hubungan antara mereka masih baik. Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri yang kini sedang berada di Tanah Suci meluahkan sedih menerima khabar pemergian Allahyarham Jaafar.

image is not available

“Anne masih di Makkah dan menerima khabar duka ini. Harapan nak jumpa Papa balik nanti tidak kesampaian. Pergimu dibulan baik, ALLAH lebih sayangkan Papa,” titipnya.

Memuat nak foto bersama, Anne dalam masa yang sama mengimbas kembali kenangan bersama Allahyarham yang prihatin dan baik hati. Malah sosok penghibur versatil itu disifatkan seperti bapa sendiri.

image is not available

“Allahuakbar. Gambar terakhir kita di hospital tempoh hari. Innalillahiwainnailaihirojiun. Papa sudah pergi tinggalkan Anne.

“Membesar di set bersama Papa, Papa Anne anggap seperti bapa sendiri.

“Kalau di set selalu belikan Anne coklat, belikan hadiah, jaga Anee mcm anak sendiri! Masya-ALLAH terlalu banyak kenangan kita,” luahnya.

Malah pemergian Jaafar membuatkan Anne terkenang air tangan istimewa yang disediakan setiap kali Aidilfitri.

“Setiap tahun tidak pernah gagal beraya dengan kek kukus buah tapi tidak kali ini.

“Anne doakan syurga buat Papa. Papa insan seni hebat dan terlalu baik. Anne akan selalu doakan Papa bahagia disisi Maha Pencipta,” kongsinya.

image is not available

Cili Padi pada awalnya hanya diterbitkan sebagai telefilem untuk slot Cerekarama TV3.

Jaafar pernah berkongsi bahawa idea penerbitan sitkom itu tercetus selepas pengarahnya, Aziz M Osman rasa bersalah susulan namanya hilang dalam senarai kredit pelakon.

Oleh kerana tidak mahu Jaafar berkecil hati, Aziz menerbitkan drama khas yang kemudian dikembangkan menjadi drama bersiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!