‘Papa lagi laju dari wartawan’, Mustapha Kamal kongsi gambar Zainal Abidin dan Fyna Jebat raih perhatian netizen

Entertainment
17 Jan 2023 • 1:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Mustapha Kamal meraih perhatian warganet selepas berkongsi foto bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan dan isteri, penyanyi, Fyna Jebat.

Pelakon filem Mira Edora itu memuat naik beberapa gambar menerusi laman sosial TikTok. Katanya, pertemuan tersebut adalah secara kebetulan.

“Kebetulan baru terjumpa legenda Zainal Abidin Hassan. Kawan lama, semua yang terbaik untuk anda berdua, tahniah,” tulisnya.

image is not available

Beberapa foto memaparkan Mustapha Kamal dan isteri sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum mereka terserempak dengan pasangan itu.

image is not available

image is not available

 

Warga maya teruja menatap foto pasangan tersebut dan berseloroh mengatakan Mustapha lebih laju daripada wartawan. Ujar netizen:

-“Akhirnya papa Megah Holding yang ambil gambar. Lagi laju daripada wartawan.”

Tidak kurang juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru.

-“Selamat pengantin baru Datuk Zainal dan Fyna. Moga bahagia hingga ke jannah.”

-“Thank you so much papa Megah Holdings. Inilah gambar yang saya dapat tengok lepas mereka nikah. Selamat pengantin baru uuntuk mereka.”

-“Congratulations, doa yang baik-baik. Jodoh ajal maut semua rahsia ALLAH.”

image is not available

Selepas desas-desus berita pernikahan, baru-baru ini Fyna atau nama penuhnya Nur Syafinaz Jebat, 29, mengakui sudah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61.

Fyna bagaimanapun enggan memperincikan butiran lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.