“Papa Nak Buktikan” – Dah Mula Kerja, Datuk Red Minta Tolong Netizen Pujuk Dua Isteri

30 Mar 2024 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
datuk red

Luahan perasaan mengenai dirinya yang sudah muflis dan ditanggung isteri membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada Datuk Seri Adnan.

Dapat dilihat, Datuk Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red memulakan kerja memperagakan baju Melayu dari Jakel Textile.

Selain itu, usahawan-usahawan berjaya yang lain ada juga menawarkan diri untuk membantu Datuk Red kembali bangkit daripada kesusahan.

image is not available

image is not available

Sebagai seorang isteri, penyanyi Adira meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata semangat buat Datuk Red.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Adira berkata dia sentiasa berdoa yang terbaik dan berharap Datuk Red bekerja dengan baik.

Datuk Red pun nampaknya dah jadi TikToker berjaya sekarang ini, sekali live sampai 20 ribu ke 30 ribu jumlah penonton!

Dia dilihat begitu teruja apabila netizen memberitahu Adira menyaksikan live tersebut. Kata Datuk Red, dia tinggal di hotel buat sementara waktu dan berjanji akan bangkit semula demi anak-anak.

Ami doakan papa murah rezeki eh. Papa nak buktikan kat Ami boleh comeback macam yang Ami selalu cakap. Papa dah tak nak susahkan semua orang, InsyaAllah.

Datuk Red juga meminta tolong netizen untuk memujuk kedua-dua isteri supaya menerima dirinya semula. Dia meminta netizen menulis di ruangan komen Instagram Adira dan Datin Red.

Cakap dekat Adira, Datin Red saya kirim salam. Datuk Red tengah merajuk tu, pujuk-pujuk la dia Whatsapp la dia. Dia merajuk, takkan mesej tu.

Alhamdulilah, nampaknya tak putus-putus rezeki Datuk Red selepas dia jujur sudah bankrup dan menanggung hutang berjuta-juta.

Pada asalnya, dia mahu mencari pekerjaan untuk membeli barangan persiapan hari raya anak-anak tetapi perancangan Allah SWT lebih baik.

Kredit: Instagram Adira | TikTok @bantuanqaseh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media