Papadum berpewarna tiruan ancam kesihatan buah pinggang

LocalHealth & Fitness
13 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Papadum berpewarna tiruan ancam kesihatan buah pinggang

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan perlu menjalankan siasatan segera terhadap papadum atau popadom berwarna yang dijual di pasaran negara ini susulan kebimbangan penggunaan pewarna tiruan secara berlebihan atau bahan pewarna yang dilarang.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan itu penting bagi memastikan produk berkenaan tidak mendatangkan risiko atau bahaya terhadap kesihatan pengguna khususnya kanak-kanak selepas Jabatan Keselamatan Makanan Tamil Nadu (TNFSD) di India juga mengenakan larangan yang sama sebelum ini.

Mohideen berkata, pihak berkuasa negeri itu melaporkan pewarna sintetik secara berlebihan di papadum boleh menyumbang kepada masalah penghadaman, reaksi alahan dan komplikasi berkaitan buah pinggang.

“Ketika ini, produk berkenaan dijual pada harga yang murah iaitu serendah RM1.25 bagi setiap 100 gram sekali gus menjadikannya mudah diperoleh pengguna.

“Selain itu, CAP juga turun padang untuk meninjau sendiri penjualan makanan itu di pasaran dan mendapati, papadum berwarna terang dari India masih mudah didapati di pasaran tempatan khususnya Pulau Pinang,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, warna yang terang dan menarik juga menyebabkan produk makanan itu menjadi pilihan keluarga terutama untuk kanak-kanak sekali gus meningkatkan risiko pendedahan sekiranya mengandungi pewarna berlebihan atau tidak diluluskan.
“Pendedahan jangka panjang terhadap pewarna makanan tiruan tertentu yang dilarang atau digunakan secara berlebihan juga dikaitkan dengan risiko kesihatan serius,” katanya.

Sehubungan itu katanya, CAP menggesa KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pensampelan serta analisis makmal terhadap papadum berwarna yang dijual di pasar raya, kedai runcit, pasar malam, gerai tepi jalan dan premis makanan import.

“Dalam hal ini, produk yang didapati mengandungi pewarna melebihi tahap dibenarkan atau bahan terlarang perlu ditarik balik serta-merta selain tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap pengimport, pengedar dan peruncit,” katanya. – UTUSAN

The post Papadum berpewarna tiruan ancam kesihatan buah pinggang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved