Papan Apung Diubahsuai Menjadi Dron Anti Kereta Kebal Oleh Rusia

TechnologyDigital
15 Jul 2024 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kekangan teknologi menyebabkan Rusia terpaksa mencari cara untuk meneruskan operasi ketenteraan di Ukraine. Penggunaan syarikat ketiga untuk mengimport cip secara haram telahpun dikesan dengan ia menyebabkan sebuah syarikat Malaysia kini dimasukkan ke dalam senarai entiti. Tetapi halangan teknologi akan mewujudkan penyelesaian yang kreatif. Hujung minggu lalu muncul video dua papan apung (hoverboard) diubah suai menjadi dron anti kereta kebal.

Dua papan apung disambungkan kepada sebuah periuk api anti kereta kebal yang berkemungkinan adalah dari jenis TM-46. Setiap periuk api ini dilengkapi peledak TNT seberat 5.7 kilogram. Ini cukup berkuasa untuk memusnahkan kereta perisai dan merosakkan kereta kebal utama (MBT). Masih belum diketahui sama ada dron yang diperbuat daripada papan apung ini sudah digunakan di medan perang Ukraine.

Sebelum ini dilaporkan bagaimana set kepala FPV untuk dron diubahsuai untuk mengawal kereta kebal T-72 yang diubah suai menjadi dron. Pengguna dron komersial di medan perang menjadi sebab mengapa DJI berhenti menjual produk mereka di Rusia, dan Ukraine bagi mengelakkan ia diubah menjadi senjata. Tentera Ukraine kemudian menghasilkan dron buatan sendiri menggunakan mesin cetakan 3D bagi memenuhi keperluan misi barisan hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved