Papan Iklan Besar Terjatuh, 14 Orang Dilapor Maut Manakala 74 Pula Cedera

14 May 2024 • 6:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah papan iklan besar dilaporkan runtuh dan terjatuh ke atas orang ramai semasa berlakunya hujan lebat dan ribut petir di kawasan pam petrol di Ghatkopar, Mumbai, India pada petang semalam.

Menerusi satu laporan Press Trust of India, Inspektor Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) Gaurav Chauhan berkata melalui hantaran di X, insiden tersebut membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 74 yang lain hari ini.

image is not available

Foto: The Independent

“Terdapat dua pasukan termasuk 53 anggota. Kami meneruskan operasi ini selama 18 jam yang lalu,” katanya.

Beliau juga berkata, kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke hospital yang berhampiran dan memaklumkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa tidak melibatkan sebarang peralatan pemotongan berikutan kerana kawasan papan iklan terjatuh itu di kawasan pam petrol.

“Ia boleh menyebabkan percikan api dan mencipta senario lain. Kami menggunakan kren hidraulik tetapi ia tidak berjaya. Kami menggunakan teknik manual. Operasi dijangka selesai pada petang ini,” ujarnya.

Gaurav juga berkata bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan dan mereka masih tidak mengetahui berapa ramai mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan memberitahu papan iklan itu dipasang secara haram sekali gus melaporkan seramai 31 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini.

image is not available

Foto: The Independent

Untuk makluman, hujan lebat yang disertai angin kencang telah menyebabkan papan iklan setinggi 30 meter (setinggi 100 kaki) itu runtuh dan terjatuh di atas sebuah stesen minyak di pinggir bandar Ghatkopar pada petang Isnin.

Sumber: X Press Trust of India @PTI_News