Papar bakal jadi daerah tumpuan pelancongan: Armizan

LocalTravel
20 Jan 2025 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Daerah ini bakal menjadi antara tumpuan pelancongan di Sabah menerusi kemajuan pelbagai kemudahan dan insfrastruktur antaranya bidang perhotelan serta pembangunan bandar baharu.

Ahli Parlimennya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, terdapat tiga pembangunan penting yang menyumbang kepada inisiatif itu iaitu Intercontinental Hotel & Resort oleh Kumpulan Sinyi di Melinsung.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kedua katanya, pembangunan tanah seluas 40 hektar untuk kemudahan Resort dan pelancongan bertaraf lima bintang oleh Syarikat Mujur Lagenda di Kampung Suangon, Kinarut di sini.

“Pembangunan ketiga adalah pembinaan Kompleks Kebudayaan Sabah juga di Kinarut, Papar yang akan dirasmikan majlis pecah tanahnya oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bulan ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bersama wakil rakyat Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan wakil rakyat Limbahau, Datuk Juil Nuatim, kita juga akan kenalpasti potensi pelancongan desa milik penduduk setempat untuk menyumbang kepada usaha itu.

“Kita akan mewujudkan satu ekosistem pelancongan holistik yang turut melibatkan produk-produk jualan tempatan seperti cenderahati, makanan dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Kinarut Palm City oleh Kumpulan WSG, di sini, Ahad.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan WSG, Datuk Susan Wong; wakil rakyat Kawang yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan wakil rakyat Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Bercakap mengenai majlis itu, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, inisiatif Kumpulan WSG itu dilihat akan memberi impak kepada pembangunan di Papar.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada masa sama, Kinarut Palm City yang membabitkan pembinaan beberapa blok bangunan dan lot kedai ini juga bakal merangsang sektor peruncitan di Papar khususnya Kinarut yang tidak jauh dengan ibu negeri.

“Kita yakin pembangunan seumpama ini dapat menampung keperluan untuk meningkatkan kemajuan Papar, seterusnya turut memberi impak terhadap ekonomi rakyat di daerah ini,” katanya.