Paparan Topik Terhangat Pada Threads Dikembangkan Ke Jepun

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lepas, Meta memperkenalkan ciri Trending now pada Threads untuk memaparkan topik terhangat yang sedang dibincangkan di platform mereka. Ketika itu ia terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan kini selepas 7 bulan, ia dikembangkan ke negara lain pula.

image is not available

Trending now di Threads kini boleh diakses oleh pengguna di Jepun. Menurut Adam Mosseri selaku ketua Instagram dan Threads, ciri ini antara yang diminta orang ramai tetapi ia masih dalam peringkat ujian dan penawaran di Jepun ini juga akan hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna. Ciri Trending now dikatakan memfokuskan kepada kandungan yang sedang hangat dibincangkan secara masa nyata. Namun, sebarang butiran lanjut masih tidak dijelaskan seperti menapis perkongsian oleh akaun bot, menapis kandungan politik dan sebagainya.

Adakah anda inginkan ciri Trending now pada Threads di Malaysia?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved