Para SUKMA: Selangor capai sasaran 29 pingat emas

27 Sep 2024 • 11:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kontinjen Selangor berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan dengan meraih 29 emas, 42 perak dan 39 gangsa dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook malam ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin kutipan pingat bakal bertambah menerusi beberapa acara yang belum dipertandingkan.

“Menerima khabar gembira dari Sarawak. Kontinjen Para SUKMA Selangor telah memenangi 29 pingat emas sekaligus memenuhi sasaran yang diletakkan. Alhamdulillah.

“Insya-Allah dengan beberapa prospek emas yang masih belum dipertandingkan, saya yakin akan berjaya melebihi sasaran pertandingan kali ini,” katanya.

Sebelum ini, EXCO sukan berkata Selangor menyasar kedudukan tiga teratas dengan kutipan 29 emas, 24 perak dan 29 gangsa dalam temasya yang berlangsung mulai 22 hingga 28 September.

Najwan Halimi menjelaskan kontinjen negeri mengambil bahagian dalam semua 10 acara dipertandingkan antaranya badminton, renang, memanah, ping pong dan angkat berat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved