Paragon Globe, Bridge Data Centres sepakat ubah syarat berkaitan jualan 2 tanah di Johor

LocalBusiness & Finance
16 May 2025 • 4:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Paragon Globe, Bridge Data Centres sepakat ubah syarat berkaitan jualan 2 tanah di Johor

image is not available

16/05/2025 - 16:53

Gambar/FB Paragon Globe Berhad Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 16 Mei - Anak syarikat milik penuh Paragon Globe Bhd, Paragon Business Hub Sdn Bhd, menandatangani surat tambahan bersama Bridge Data Centres Malaysia VI Sdn Bhd untuk meminda beberapa syarat yang telah dipersetujui berkaitan dua urusan penjualan tanah di Johor.

Tahun lalu, Paragon Business Hub menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Bridge Data untuk menjual dua bidang tanah masing-masing seluas 19.36 hektar dan 8.00 hektar di Johor Bahru, dengan nilai tunai sebanyak RM238.32 juta dan RM98.98 juta.

Paragon Globe memaklumkan, surat tambahan kedua telah ditandatangani bagi tanah seluas 19.36 hektar.

"Pindaan tersebut termasuk syarat tambahan yang perlu dipatuhi oleh Paragon Business Hub.

"Perubahan perjanjian jual beli tanah ini dipersetujui bersama untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa seperti pelarasan masa dan penambahan syarat," menurut syarikat dalam makluman di Bursa Malaysia.

Paragon Globe turut menjelaskan, bagi tanah seluas 8.00 hektar, pindaan dibuat untuk menyelesaikan masalah berkaitan masa dan syarat asal dalam perjanjian sebelum ini.

"Pindaan ini dibuat hasil persetujuan bersama antara Paragon Business Hub dan Bridge Data, bagi menyesuaikan tempoh dan syarat mengikut keadaan semasa," kata syarikat itu.

Paragon Globe turut menjelaskan, pindaan berkenaan tidak akan memberi kesan kepada modal saham, pegangan pemegang saham utama, nilai aset syarikat, hutang, serta keuntungan dan pendapatan sesaham kumpulan. - DagangNews.com

standard