Paras air Kuala Kedah sedikit meningkat kesan air pasang

12 Sep 2022 • 7:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM Kota Setar membuat pemantauan air pasang besar di Kuala Kedah pada Isnin. (Gambar kanan : Anggota APM Kota Setar memantau jalan-jalan yang dinaiki air pasang besar di Kuala Kedah pada Isnin. - Foto APM Kota Setar)

ALOR SETAR - Paras air di Kuala Kedah menunjukkan sedikit peningkatan kesan daripada fenomena air pasang besar pada Isnin berbanding kejadian tersebut pada Ahad namun keadaan masih lagi terkawal.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pemantauan yang dilakukan anggota pada jam 1.20 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang melibatkan Jeti Kuala Kedah, Pasar Marina Kota Nelayan dan Jalan Tok Pasai.

Menurutnya, bacaan sebenar paras air pada jam 2 petang adalah 2.91 meter berbanding bacaan ramalan iaitu 2.9 meter.

"Paras air menunjukkan sedikit peningkatan kesan dari air pasang besar pada hari ini. (Namun) penduduk Kuala Kedah turut memaklumkan air pasang besar pada hari ini sedikit menurun berbanding kelmarin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Norlizawati, jumlah premis yang terjejas adalah sama pada Ahad membabitkan 30 buah rumah dan gerai-gerai di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, premis-premis tersebut terjejas adalah disebabkan masalah perparitan dan bertembung dengan air pasang besar. yang bermula pada Sabtu lalu.

"Keadaan cuaca pada hari ini juga baik dan tiada hujan serta angin kuat," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved