Paras Sungai Bernam lepasi tahap waspada, penduduk dinasihat sedia sebarang kemungkinan

23 Nov 2025 • 4:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 NOV: Paras air Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor menunjukkan trend menaik dan telah melepasi tahap waspada susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Menurut portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat jam 4.15 petang paras air di lokasi berkenaan mencatatkan bacaan 18.18 meter, berbanding paras normal 16.60 meter.

Dalam masa sama, beberapa kawasan berhampiran turut merekodkan hujan sederhana antara 13 hingga 20 milimeter, sekali gus berpotensi mempengaruhi peningkatan paras sungai.

JPS menasihatkan penduduk di kawasan rendah sekitar Hulu Selangor dan sepanjang jajaran Sungai Bernam supaya berwaspada, memantau maklumat semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai juga digesa mengikuti hebahan rasmi JPS Selangor, pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan bagi perkembangan terkini, terutama jika paras air terus meningkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved