“Parents Lain Boleh, Kenapa Ayah Tiada Duit?” – Anak Mengamuk Tak Dibelikan iPhone Sampai Bapa Melutut Minta Maaf

Entertainment
23 May 2024 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video di media sosial dimuat naik oleh seorang individu yang memaparkan perselisihan di antaran seorang gadis dan bapanya di tempat awam.

Menurut individu bernama Zhong itu, dia sedang berjalan di kawasan tersebut sebelum ternampak dua beranak tersebut seperti sedang bergaduh dan katanya perbualan mereka dapat didengari dengan jelas.

 

Marah ayah sebab tak belikan iPhone

Kejadian itu berlaku di Taiyuan, China dan menurut Zhong gadis tersebut menengking bapanya di depan khalayak ramai kerana tidak membelikannya telefon pintar.

Ibu bapa lain boleh belikan anak mereka iPhone. Kenapa ayah tiada duit?

 

Bapa melutut minta maaf

Si bapa kemudian melutut meminta maaf kepada anak gadisnya dan menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal menunaikan permintaannya.

Bagaimanapun, gadis remaja itu yang berasa malu dengan tindakan si ayah melutut dan memohon maaf itu telah menarik bajunya dan memaksanya bangun.

Bangun! Cepat bangun!

Rakaman tersebut tular di media sosial tempatan dan mendapat sehingga lebih 6 juta tontonan sehingga ia menjadi bualan ramai.

Rata-ratanya mencela anak gadis lelaki itu kerana tergamak menghina bapanya hanya kerana tidak diberikan telefon pintar idamannya.

Namun, sesetengah pihak menuding jari terhadap si ayah kerana dianggap sudah gagal untuk mendidik anaknya dengan baik.

image is not available 1 year ago

Ibu Bapa Belikan Anak Umur 5 Tahun Mercedes G Wagon Sebab 'Liat' Nak Pergi Sekolah - "Happy Dia Dapat..."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved