Paris matikan lampu Piramid Louvre lebih awal untuk jimat tenaga

18 Sep 2022 • 12:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Paris akan mematikan lampu di Piramid Louvre lebih awal mulai Sabtu, menurut Menteri Kebudayaan Perancis sebagai “isyarat simbolik” untuk menjimatkan tenaga.

Piramid daripada kaca dan keluli di luar Muzium Louvre itu diterangi dari dalam sehingga 1 pagi setiap malam. Menteri Rima Abdul Malak dalam rancangan pagi di saluran televisyen France 2 berkata pencahayaan itu akan dihentikan dua jam lebih awal daripada biasa, kata Sputnik.

“Kami akan mematikan lampu lebih awal di Piramid Louvre mulai malam ini. Louvre akan gelap pada 11 malam berbanding 1 pagi sebelum ini,” katanya.

Mulai minggu depan, Istana Versailles akan gelap pada 11 ​​malam, sejam lebih awal daripada biasa. Sementara lampu di Menara Eiffel yang menjadi ikonik Paris akan dimatikan pada 11.45 malam berbanding 1 pagi, mulai 23 Sept.-Bernama

View Original Article