
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berharap dapat mengubah suai kawasan sekitar pusat-pusat tong sampah di daerah pusat perniagaan Ibu Negeri, untuk melindungi permukaan jalan di sekitar kemudahan ini dengan lebih baik.
Seorang jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal agensi itu berkata pihaknya sedang berusaha untuk menyediakan parit perimeter dan saluran keluar di sekitar kesemua 36 pusat di Kota Kinabalu.
“Pusat-pusat ini disiram setiap hari untuk melenyapkan bau busuk yang datang dari cecair larut resap (leachate) yang mungkin ditinggalkan apabila sampah dikutip dari kemudahan ini,” katanya.
“Cadangan pengubahsuaian struktur kami bertujuan untuk mencegah air larian daripada bertakung di kawasan awam di sekitar pusat tong sampah, terutama jalan raya. Seorang penjaja di medan selera itu diberi Notis Kebersihan.
“Air kotor ini mempunyai kesan menghakis terhadap bitumen. Ia boleh menjadikan permukaan jalan tidak rata dan, dalam paling teruk sekali, boleh menyebabkan lubang terbentuk.”
Leachate ialah cecair berbau busuk yang terhasil apabila sampah dimampatkan.
Jurucakap itu berkata banyak pusat tong sampah di Bandaraya ini telah wujud selama beberapa dekad.
“Mereka yang mereka bentuk kemudahan ini bertahun-tahun lalu tidak membuat apa-apa persediaan untuk air larian atau cecair larut lesap.
“Mana-mana pusat baharu perlu mempunyai parit perimeter dan saluran keluar untuk menyalurkan discaj berbau busuk ini.”
Dia juga mengingatkan pemilik premis makan di Bandaraya untuk memainkan peranan mereka dengan memastikan sisa dapur mereka dimasukkan ke dalam beg sampah.
Mereka harus mengasingkan sebarang cecair dari sisa mereka untuk meminimumkan gangguan yang ditimbulkan oleh bau busuk apabila sampah mereka dikutip, menurutnya. SEORANG staf pembersihan jalan menyiram laluan joging berhampiran pusat tong sampah itu.
Dia berkata pemilik sebaiknya menggunakan beg sampah tebal yang tidak mudah koyak.
“Sebagai alternatif, jika mereka memilih untuk menggunakan beg yang diperbuat daripada plastik yang lebih nipis, mereka harus menggandakan beg sampah yang mereka gunakan.”
“Mereka harus mengikat beg-beg ini dengan ketat sebelum meletakkannya dengan betul di dalam mana-mana tong sampah di pusat terdekat.
“Beg-beg itu tidak sepatutnya dibuang atau dilonggokkan di luar bekas-bekas ini.
Dia berkata tindakan mereka itu akan memudahkan kerja petugas DBKK untuk mengutip sampah ini dengan pantas dan cekap, tanpa mewujudkan keadaan berselerak.
Jurucakap itu memberi amaran bahawa pengusaha yang didapati membuang sisa dapur mereka sewenang-wenangnya, boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.
Penalti sedemikian boleh dikenakan di bawah Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap 2005 atau Undang-undang Kecil Pemuliharaan dan Kebersihan 1984 agensi itu, menurutnya.
Kompaun RM300 dikenakan kepada seorang pemilik kedai makan di Ibu Negeri kerana mengotorkan tempat letak kereta berhampiran kedainya pada April tahun lalu.
“Pemeriksa kami mendapati, pada masa itu, sisa cecair dari dapurnya dibuang sembarangan ke jalan di belakang premisnya,” kata jurucakap itu.
Dia berkata kira-kira 20 penjaja di kawasan Anjung Selera di Bandaraya telah diberi amaran secara rasmi minggu lepas bahawa mereka boleh dikenakan hukuman sama, selepas seorang pelancong luar negara melihat takungan cecair larut resap di sekitar lengkung bulatan di Jalan Tun Fuad Stephens, yang paling hampir dengan medan selera tersebut. JURUTERA Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK memeriksa keadaan jalan utama dan laluan berbasikal.
LILY, yang tinggal di Perth, Australia Barat berkata, cecair busuk itu kelihatan datang dari pusat tong sampah di bahagian Jalan Tun Fuad Stephens ini.
“Saya perasan permukaan trek joging berhampiran bulatan itu dicemari apabila saya pergi bersiar-siar sekitar jam 8.30 pagi Ahad,” katanya.
Dia tidak tahu bagaimana untuk mengelak daripada mengotorkan kasut jogingnya kerana laluan berbasikal dan jalan utama berhampiran juga sama kotor.
Akhirnya, Lily mengambil risiko dan berjalan di tengah jalan itu, apabila tiada kenderaan melalui bulatan tersebuit, untuk mengelak cecair larut resap tersebut.
Takungan cecair berbau busuk telah menyebabkan lubang-lubang terbentuk di bahagian jalan ini, menurutnya.
Dia juga memperhatikan bahawa kebanyakan cat biru di laluan berbasikal di sana telah pudar.
Lily berkata kerosakan itu membuatkan dia tertanya-tanya berapa lama sudah cecair larut resap itu mengalir ke jalan raya.
“Ia pengalaman menjijikkan bagi saya serta pelari, pejalan kaki dan penunggang basikal lain yang saya temui.
“Laluan ini begitu indah bagi mereka yang ingin bersiar-siar dan beriadah.
“Sekiranya kebersihan dijaga seperti yang patut, lebih ramai orang mungkin senang hati untuk bersenam di sini.”
Jurucakap itu berkata pasukan pembersihan jalan DBKK telah pergi ke pusat tong sampah berhampiran Anjung Senja sebaik mengetahui apa yang dialami oleh pelancong itu.
“Petugas kami menyiram kawasan sekitar pusat tong sampah itu, serta laluan berjoging juga berbasikal,” katanya.
“Notis kebersihan diserahkan kepada pengusaha gerai di Anjung Senja pada 12 Julai.
“Kami akan memantau keadaan pusat tong sampah itu untuk memastikan sama ada penjaja mematuhi arahan kami.”
Seorang jurucakap Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK mengesahkan kerosakan kepada bahagian jalan utama dan laluan berbasikal berhampiran bulatan Wawasan Plaza.
“Pasukan penampal jalan kami akan diminta membuat sedikit pembaikan untuk memberi kelegaan sementara kepada pengguna jalan,” katanya.
“Kami sedang dalam proses mengatur untuk menurap semula bahagian Jalan Tun Fuad Stephens ini dan mengecat semula laluan berbasikal.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

