Park Tae-su lanjutkan kontrak bersama Sabah FC

21 Oct 2022 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su menandatangani lanjutan kontrak baharu selama dua tahun bersama Sabah FC yang akan mengikatnya sehingga hujung musim 2024.

Berita itu disahkan oleh pengurus pasukan Badak, Marzuki Nasir di laman media sosial kelab itu Rabu lalu.

Pemain berumur 33 tahun dari Incheon itu, yang kali pertama menyertai Badak pada 2019, memainkan peranan penting untuk membantu pasukan menamatkan saingan di tangga ketiga liga utama yang baru berakhir sebagai penjaring terbanyak pasukan dengan lapan gol.

Dia menjaringkan sejumlah 13 gol sejak dia menyertai Sabah FC pada 2019, di mana dia juga membantu pasukan meraih kenaikan ke Liga Super pada musim pertamanya.

Park, yang fasih berbahasa Melayu tempatan merupakan salah seorang pemain kegemaran peminat dan digelar “Pak Karim” oleh rakan sepasukannya.

Lanjutan kontraknya mendapat respon positif daripada penyokong dan malah ada yang mencadangkan agar dia diberi kewarganegaraan menerusi program naturalisasi.

Sementara itu, masih belum ada perkembangan terkini daripada pengurusan mengenai status empat lagi pemain import Sabah FC.

Kedua-dua pemain, pertahanan Brazil, Jackson de Souza dan penyerang Taiki Kagayama dari Jepun, berada di musim penuh pertama bersama pasukan, sementara penyerang kelahiran Portugal, Jose Embalo baru menyertai pasukan semasa jendela perpindahan pada Jun.

Seorang lagi pemain kegemaran peminat dan pemain antarabangsa Indonesia Saddil Ramdani dikhabarkan akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini selepas dua tahun bersama pasukan.

Menurut sebuah portal berita di Indonesia, ejen pemain itu, Alex Talpes mendedahkan Dinamo Minsk, sebuah kelab dari Belarus menawarkan kontrak kepada Saddil dengan gaji yang lumayan dan peluang untuk bermain di Liga Europa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.