Parkir Depan Rumah Pun Boleh Terbakar

LocalCars
4 Sep 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita terkejut besar apabila Toyota Alphard yang diparkir di hadapan rumah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, secara tiba-tiba terbakar pada Ahad lalu.

Insiden yang tidak diduga itu turut mengakibatkan bahagian hadapan rumahnya hangus dijilat api.

Mujur ketika kejadian, dia dan keluarganya tiada di rumah.

image is not available

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahawa punca kebakaran dipercayai berpunca daripada bateri MPV berkenaan.

"Toyota Alphard berkenaan adalah kenderaan terpakai yang kami beli sejak empat tahun lalu, sebelum ini memang tiada sebarang masalah,”ujarnya.

View Original Article