‘Parkir Sebelah Pondok Keselamatan Pun Kena Rembat’ – Lelaki Kecewa Rim Tayar Dicuri

Local
16 Jul 2025 • 12:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Rim tayar dicuri

Seorang penunggang motosikal meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa rim dan tayarnya hilang dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab biarpun kenderaan itu sudah diparkir bersebelahan pondok pengawal keselamatan.

Rim tayar dicuri

@jiemmy28

Kejadian terminal bas gelang patah,guard atas tapi tanggungjawab sendiri?,kita cari rezeki pon orang curi,kasi up kasi majlis gelang patah amik tidakan

♬ original sound – jiemmyG – jiemmyG

Menerusi hantaran di TikTok @jiemmy28, lelaki itu memberitahu kecurian berlaku di terminal bas Gelang Patah, Johor selain turut mendedahkan bahawa pihak terminal enggan bertanggungjawab biarpun kes berlaku di dalam kawasan pemerhatian mereka.

image is not available

“Sekarang ini rim dan tayar motosikal aku kena curi. Aku punya motosikal dah parkir betul-betul depan pondok keselamatan, mana pergi pengawal ya?

“Yang jadi masalah sekarang ini dah lah nombor plat aku kena patah, lepas tu satu tanggungjawab pula kalau pihak pengurusan tak nak tanggung. Mana pergi Majlis Gelang Patah?

“Mereka cakap tanggungjawab sendiri, kalau begitu apa guna parkir motosikal ini. Kalau betul bukan parkir motosikal baik aku letak kat tempat lain. Aku dah parkir betul-betul dekat pondok pengawal, rim hilang tiada tanggungjawab. Tolong tularkan biar pihak berkuasa buat kerja,” luah lelaki itu di TikTok, semalam.

Menurutnya lagi, di lokasi sama terdapat sebuah lagi motosikal mengalami nasib sama apabila tayar dan rim dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

image is not available

Dalam hantaran berasingan, lelaki tersebut memaklumkan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dan siasatan lanjut akan dijalankan dalam tempoh waktu terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa curiga bagaimana kecurian tersebut gagal disedari pengawal keselamatan dan mula mempersoalkan keberadan mereka sewaktu kejadiaan berlaku.

Malah, terdapat warganet menggesa untuk lelaki itu menuntut ganti rugi kepada pihak pengurusan dan ada juga yang bermurah hati ingin memberikan rim baharu secara percuma setelah bersimpati akan nasibnya.

Depan postgate pun tak selamat

image is not available

Kalau nak rim boleh ambil

image is not available

Minta pihak pengurusan bertanggungjawab

image is not available

Pengawal mana?

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih lebih 870,000 tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.

Sumber: TikTok jiemmy28

View Original Article