Parkir tambahan HSI dibuka hari ini: MB Johor

2 Feb 2023 • 9:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Ruang parkir tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, akan dibuka bermula hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap agar kemudahan itu dapat mengurangkan keadaan kesesakan kenderaan di hospital berkenaan yang sering menjadi rungutan selama ini.

“Yakinlah bahawa kerajaan negeri akan sentiasa berusaha yang termampu untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, bukan sahaja dari sudut rawatan kesihatan tetapi juga dari sudut penambahbaikan infrastuktur, demi kesejahteraan Bangsa Johor, “ katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Aman Rabu dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Abu Bakar Abd Aziz.

Pada Ogos lepas, kerajaan Johor mengumumkan peruntukan sejumlah RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf kawasan tempat letak kenderaan di HSI.

Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan peruntukan RM95,000 bagi penggantian bumbung polikarbonat dan kerja berkaitan serta RM75,000 bagi kerja pembekalan kerusi berangkai di ruang menunggu. -Bernama