Parseword Ialah Permainan Teka-Teki Baharu Daripada Pencipta Wordle

EntertainmentGaming
12 Mar 2026 • 4:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Empat tahun lalu Wordle menjadi permainan teka-teki yang tular kerana ia menguji pengetahuan perkataan Bahasa Inggeris sehingga mewujudkan beberapa klon seperti Ketapat dalam Bahasa Melayu. Pencipta Wordle, Josh Wardle kemudian telah menjual permainan ini kepada New York Times. Selepas sekian lama mendiamkan diri, Wardle telah melancarkan permainan baharu Parseword yang lebih sukar.

image is not available

Seperti Wordle, Parseword ialah permainan teka-teka yang bukan sahaja menguji pengetahuan perkataan Bahasa Inggeris tetapi juga kemampuan mencari sinonim, memendekkan perkataan, membuang huruf dan menyambungkannya bagi mendapatkan jawapan. Adalah rumit untuk menerangkannya di sini kerana Parseword ialah permainan yang kompleks.

Satu perkataan setiap hari perlu diselesaikan dengan pilihan beberapa kombinasi petunjuk yang kriptik. Jika anda mahukan cabaran baharu untuk melatih otak yang dorman, Parseword boleh dimainkan percuma menerusi pautan di bawah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved