[PART 2] Ini 4 Port Makan Baru Dan Menarik Di Saradise Yang Anda Mesti Cuba

24 Jun 2023 • 3:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat makan best di Saradise.

[PART 2] Ini 4 Port Makan Baru Dan Menarik Di Saradise Yang Anda Mesti Cuba. Salah satu port makan terkenal di Kuching, Saradise merupakan syurga makanan bagi para foodie di luar sana. Di sini pelbagai tempat makan menarik dan aesthetic buat pengunjung yang datang.

Untuk artikel kali ini, kami akan membuat sambungan bahagian kedua port makan menarik di Saradise yang anda perlu cuba.

image is not available
[PART 2] Ini 4 Port Makan Baru Dan Menarik Di Saradise Yang Anda Mesti Cuba. Kredit foto: FB Duduksama

1. Duduksama Kopitiam

Kopitiam muslim friendly ala moden di Saradise, Duduksama Kopitiam menyajikan pelbagai menu menarik buat para pelanggannya. Pelbagai menu yang boleh didapatkan di sini daripada menu masakan tempatan hingga barat seperti Laksa Sarawak, Dip Bun Salted Egg, Nasi Lemak, Chicken Curry with Rice, Salted Egg Chicken With Rice.

image is not available
Kredit foto: FB Royal Cuisine

2.Royal Cuisine

Royal Cuisne merupakan sebuah restoran yang menyediakan menu makanan barat premium buat para pelanggannya. Antara menu menarik yang boleh anda cuba di sini adalah oyal’s Signature Breakfast, Black Pepper Pawn Spaghetti, Pesto Chicken Panini Sandwich, Royal Full Breakfast, Smoked Salmon Egg Bun dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: FB Hainan Story

3. Hainan Story

Menyediakan menu masakan Hainan authentic di Kuching, Hainan Story adalah salah satu restoran yang perlu anda cuba di Saradise. Pelbagai makanan menarik yang ada disediakan seperti Hainan Chicken Rice, Hainan Mix Chicken with Curry, Hainan Story Laksa, Signature Nasi Lemak, Lava Egg Butter Kaya, Hainan Steamed Bread dan lain-lain.

image is not available
Kredit foto: FB Primal Steakhouse

4. Primal Steakhouse

Menghidangkan menu utama iaitu daging lembu steak premium yang dimasak dengan sempurna, Primal Steakhouse adalah restoran yang menyediakan makanan western enak di Saradise. Jika anda merupakan peminat daging, anda perlu cuba pelbagai daging premium yang menarik di sini.

Tunggu apa lagi, cepat bawa keluarga atau rakan-rakan anda untuk menikmati makanan enak di restoran di Saradise ini!

Lagi port makan menarik untuk anda di sini: