[PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

21 Nov 2022 • 11:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang yang sweet tooth tu, inilah syurga makanan buat korang!

[PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Sebelum ini kami sudah menyenarai 7 kafe pastri yang best di Kuching. Jika anda belum baca lagi boleh lihat pautan di sini>> klik sini

Haa kali ini ada part 2 pulak! Ada banyak lagi kafe hidden yang pasti buat anda tidak mahu ketinggalan ingin mencuba pastri yang enak di sini. Nak tahu yang mana satu? Jom kita lihat di bawah:

image is not available
[PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Kredit: FB Madeleine Cafe

1. Madeleine Cafe

Buat anda yang gemar dengan pastri iaitu croissant, anda boleh singgah ke kafe ini kerana croissant mereka semuanya fresh from oven! Menariknya di Madeleine Cafe, mereka turut menawarkan pelbagai jenis pastri yang enak semuanya.

image is not available
Kredit: FB Madeleine Cafe

Di sini juga ada dessert berinspirasikan Perancis seperti éclair coklat. Interior design yang minimal dan modern ini sangat sesuai untuk anda yang berjumpa dan meluangkan masa bersama yang tersayang.

Lokasi: Lot 10, No. 127, Jalan Lapangan Terbang, Green Height Commercial Centre 93250 Kuching

image is not available
Kredit: FB Faris Arni

2. BAKEHOUSE by Breadsman

Korang dah pernah pergi Bakehouse by Breadsman di Jalan Stampin? Dengar-dengar master bakery di tempat ini adalah orang Taiwan!

image is not available
Kredit: FB Faris Arni

Design dalaman kedai ini juga berasaskan dengan gaya Australia. Permaidani seramik, kabinet paparan kayu dan kerusi meja, dengan permukaan coklat tua yang matang, semuanya memancarkan gaya romantik Australia.

Lokasi: A-1-5 & A-1-6 Vantage @ Tamu, Lot 389, Block 227, KNLD at Jalan Stampin Tengah 93350

image is not available
[PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Kredit: FB The Roasted Coffee

3. The Roasted Coffee

Untuk anda yang minat dengan suasana yang tenang dan minimalis, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Di sini, anda boleh membuat kerja sambil menghidu bau pastri yang segar dan harum semerbak. Sungguh menenangkan!

Tidak hanya pastri, di sini juga menyediakan pelbagai hidangan western yang enak! Nampak menyelerakan dan kafe ini pun cantik untuk bergambar, kepada foodie yang suka jaga Instagram feed sesuai sangat kalau nak upload gambar makanan atau OOTD.

Lokasi: G2, Ground Floor, Emporium, Jalan Tun Jugah 93350 Kuching

image is not available

4. Zoro Kuching

Zoro Kuching ini terletak di La Promenade Mall, Tabuan dengan suasana yang santai dan vibes yang relax khas untuk anda meluangkan masa bersama yang tersayang.

Kalau anda pernah singgah ke Mr Domus yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching. Jangan lupa untuk mencuba aneka pastri di sana. Kerana Zoro Kuching juga merupakan pembekal pastri di kafe ini untuk disajikan kepada pelanggan.

image is not available
Kredit foto: La Promenade Mall

Zoro Kuching juga menyediakan beraneka kek untuk anda pesan sempena Hari Jadi atau Hari Istimewa anda. Baca lagi di sini>> klik sini

Lokasi: Unit 1, Ground Floor, La Promenade Mall 94300 Samarahan Expressway.

image is not available
Kredit: FB theindiekch

5. The Indie Bites

The Indie Bites di Kuching ini menawarkan beraneka jenis pemanis mulut dan juga kek yang unik seperti S’mores Chocolate Tart, Carrot Walnut Cranberry Cake, Kyoto’s Summer (matcha) dan banyak lagi! Setiap kek mempunyai modern twist yang sesuai dengan anda yang mempunyai sweet tooth

image is not available
Kredit: FB theindiekch

image is not available

6. Violette Bakery & Cafe

Selain menyediakan pelbagai jenis pastri, di Violette Bakery & Cafe juga menyediakan pelbagai jenis makanan western seperti Mac n Cheese, nachos, chips, spaghetti dan banyak lagi!

image is not available

Dan buat anda yang ingin menempah untuk dessert untuk acara terpenting, di sini juga menawarkan pelbagai dessert yang menarik!

Lokasi: Level 1 & Level 2 Sublot 2, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

7. Tom’s restaurant

Nah, jika anda seorang peminat kek Mangga jom kunjungi Restoran Tom di Kuching, Sarawak untuk merasainya! Dan kek mangga ini merupakan kek yang paling mahal di Malaysia iaitu RM1.6K!

Itu kerana mereka membuatnya dengan mangga paling mahal di dunia, Mangga Miyazaki Jepun. Jika anda tidak pernah mendengar tentangnya, satu Miyazaki boleh berharga lebih RM200 di pasaran dan Restoran Tom menggunakan 4 daripadanya untuk membuat kek premium ini.

Lokasi: 78, Jln Padungan, 93100 Kuching, Sarawak