Parti Arab Israel Sokong Gadi Eisenkot Bentuk Kerajaan Baharu Ganti Netanyahu

WorldPolitics
6 Nov 2026 • 12:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Parti Arab Israel Sokong Gadi Eisenkot Bentuk Kerajaan Baharu Ganti Netanyahu

Parti Arab Israel, Ra’am, pada Khamis mengumumkan sokongan kepada pemimpin pembangkang, Gadi Eisenkot, untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut laporan media Israel, akhbar Yedioth Ahronoth memaklumkan wakil parti berkenaan, termasuk pengerusinya, Mansour Abbas, menyampaikan sokongan tersebut kepada Presiden Isaac Herzog.

Wakil lain yang turut menyertai pertemuan itu ialah Yoav Seglovitz dan Iman Khatib Yasin, yang menggesa Eisenkot diberikan tanggungjawab membentuk kerajaan baharu.

Dalam pilihan raya minggu lalu, Ra’am berjaya memperoleh lapan kerusi daripada keseluruhan 120 kerusi yang dipertandingkan di Knesset, iaitu parlimen Israel.

Parti Arab Israel Sokong Gadi Eisenkot

Image from: Parti Arab Israel Sokong Gadi Eisenkot Bentuk Kerajaan Baharu Ganti Netanyahu

Dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah anggota parlimen yang secara rasmi mencalonkan Eisenkot meningkat kepada 56 orang, termasuk 48 wakil parti pembangkang Yahudi.

Baki lapan sokongan pula datang daripada Ra’am, manakala gabungan parti Arab, Joint List, masih belum mengumumkan pendirian berhubung pencalonan tersebut.

Sebaliknya, sokongan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dijangka merosot kepada 46 anggota parlimen selepas sekutu politiknya enggan memberikan sokongan.

Parti United Torah Judaism yang memiliki tujuh kerusi di Knesset itu memaklumkan tidak akan mencadangkan mana-mana calon untuk membentuk kerajaan baharu.

Baca juga:

Bagi memperoleh majoriti mudah di parlimen, seseorang calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 61 daripada keseluruhan 120 anggota Knesset.

Herzog dijangka melantik seorang anggota parlimen untuk membentuk kerajaan dalam beberapa hari akan datang, selepas mengambil kira sokongan diterima calon.

Anggota parlimen yang dipilih akan diberikan tempoh 28 hari untuk membentuk kerajaan, dengan kemungkinan lanjutan selama 14 hari sekiranya diperlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved