
Kota Kinabalu: Kira-kira 50 peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini, kini menarik nafas lega apabila jentera Parti Impian Sabah (PIS) bergotong-royong membaiki kemudahan dan membersihkan pasar tersebut pada Khamis.
Timbalan Presiden PIS, Kandrix Ng Chun Sua berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga di pasar tersebut yang mendakwa ada kemudahan tidak diselenggara dan keadaan pasar yang kotor.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya ada pergi ke pasar itu beberapa bulan yang lalu, tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan diambil sedangkan ini adalah masalah rakyat.

