
PETALING JAYA: Parti bersama DAP hanya menumpang pengaruhnya, termasuk Presiden Umno Zahid Hamidi yang dikatakan menjadi “murid setia”, dakwa Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS berkata, perkara itu dapat dibaca dengan nyata melalui statistik terperinci keputusan PRU15, termasuk secara khusus kemenangan presiden dan pemimpin utama parti tumpangan yang kuat.
“Parti-parti lain yang bersama DAP sebenarnya hanya menumpang pengaruhnya sahaja, walaupun bercakap besar dan mendabik dada. Bahkan termasuklah presiden Umno kini yang dikatakan menjadi murid setia.
“Menangnya dengan undi DAP dan Umno tua, saluran satu yang sudah tersesat lebih 40 tahun, atau mabuk politik wang,” katanya di Facebook.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hadi berkata, DAP ialah parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) bukanlah sebuah parti yang buta politik, ekonomi, masyarakat dan media.
“DAP mempunyai tujuan politik bagi perkauman Cina dengan usaha mendapat undi tambahan Melayu dan kaum lain.
“DAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Hal ini demikian kerana, mereka berjaya melantik jurubicara daripada kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya,” dakwanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


