Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

5 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
– Gambar Reuters

LONDON – Parti Buruh Britain dijangka memperoleh majoriti besar di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu memetik tinjauan yang disediakan IPSOS UK pada Khamis.

Sesi pengundian itu berakhir pada 10 malam (2100 GMT) waktu tempatan dan pengiraan kertas undi akan berlangsung sepanjang malam.

Keputusan rasmi akan diumumkan setelah pengiraan selesai di semua kawasan di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Jutaan pengundi di seluruh United Kingdom telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) di Dewan Rakyat.

Parti Konservatif telah memerintah negara itu sejak 2010. – BERNAMA
 

View Original Article