
SANDAKAN: Parti Impian Sabah (PIS) akan meletakkan calon di kesemua 73 Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Presidennya, Michel Alok berkata, ketika ini, 60 bahagian sudah bersedia manakala selebihnya juga akan diketengahkan calonnya.
“Pendirian kita adalah bergerak secara solo dan tidak akan membuat mana-mana gabungan,” jelasnya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bagaimanapun, selepas PRN, jika ada keperluan gabungan, ia akan diperhalusi kerana sebarang gabungan seharusnya mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah yang mahukan perubahan itu, selain membuat keputusan sendiri untuk pembangunan negeri tanpa melibatkan yang lain,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Hal Ehwal Islam Parti Impian Sabah di Jmiela Event Hall, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan juga bahagian terlibat.
Dalam pada itu, sebanyak 30 peratus calon wanita akan diketengahkan sebagai calon PRN17 ini.
“Setakat ini, seramai empat calon wanita telah dikenalpasti selain calon muda dan veteren yang dilihat mempunyai potensi kepimpinan yang baik,” katanya.
Mengenai majlis raya peringkat negeri itu, beliau berkata ia menjadi medium bertemu rakan sesama parti itu dan meraikan perayaan itu bersama, berbanding hanya di peringkat bahagian sahaja.
