Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia umum dua lagi calon

Politics
3 Nov 2022 • 1:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) pada Rabu mengumumkan dua lagi calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya Datuk Peter Anthony berkata calon itu ialah Jekerison Kilan bagi Pensiangan dan Datuk Johair Matlani bagi Beaufort.

Secara keseluruhan, katanya, KDM mengesahkan bertanding di tujuh kerusi ketika ini – Tenom, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Sepanggar, Kimanis, Pensiangan dan Beaufort.

“Terdapat banyak permintaan daripada kawasan lain untuk KDM meletakkan calonnya, tetapi, buat masa ini, kita mungkin hanya mempertimbangkan untuk bertanding di Ranau, Papar dan Keningau,” katanya pada sidang media, dekat sini, pada Rabu.

Beliau berkata, parti itu menerima lebih 10 permintaan daripada individu yang ingin bertanding di bawah tiket parti.

“Bagaimanapun, parti perlu berhati-hati dan saringan calon perlu dilakukan…memandangkan masa semakin suntuk, dan kita perlu membuat persiapan segera, maka mungkin tiga lagi kerusi akan ditambah ke dalam senarai.”

Mengenai sentimen pengundi, beliau berkata, sudah pasti mereka lebih suka parti tempatan mewakili mereka.

“Gelombang ini bermula di Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri di situ, dan di sini, kita perhatikan bahawa pengundi mahukan perubahan kerana sesetengah parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya sudah ‘tua’ dan pengundi pula memilih parti tempatan,” katanya.

Calon lain KDM ialah Peter sendiri yang akan bertanding kerusi Tenom, Amat Md Yusof (Kimanis), Jumardie Lukman (Sepanggar), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu), and Datuk Seri Winston Liaw (Kota Kinabalu).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.