
Kota Kinabalu: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tanjung Aru, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari menyarankan supaya semua parti politik tempatan bekerjasama pada pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.
Beliau berkata, ia merupakan langkah awal jika mahu mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang lebih kukuh dan berdikari khususnya dalam memperjuangkan hak Sabah.
AdvertisementKatanya, semua pemimpin parti tempatan perlu ketepikan segala persoalan tentang siapa bakal menjadi Ketua Menteri atau parti mana yang akan menerajui kepimpinan kerajaan negeri, jika bekerjasama.
Katanya, kepentingan rakyat terutamanya perjuangan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lebih utama berbanding soal jawatan dalam kepimpinan pentadbiran negeri.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Bagi saya, kita jangan terganggu oleh (persoalan) siapa yang harus jadi Ketua Menteri atau pun siapa yang patut kita pilih (sebagai Ketua Menteri).
“Pilihan Ketua Menteri ini mudah saja..selesai pilihan raya, parti menang lebih banyak kerusi yang membentuk kerajaan seterusnya mengetuai pentadbiran kerajaan (Ketua Menteri).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sudah tiba masanya kita mengorak langkah berani ini untuk pastikan Sabah mempunyai sebuah kerajaan yang bukan saja berdikari tetapi juga dipimpin sepenuhnya oleh parti-parti tempatan.
“Kepentingan rakyat, khususnya hak Sabah dalam MA63, lebih utama berbanding soal jawatan,” katanya selepas merasmikan Program Ambang Tahun Baru 2025 di Pekan Putatan, di sini, Isnin. Hadir sama Timbalan Ketua PGRS Bahagian Tanjung Aru, Pg Mohd Shahif Pg Tinggal. Beliau mengulas kemungkinan parti-parti tempatan bekerjasama pada PRN17 nanti.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengulas lanjut, Awang Ahmad menegaskan perjuangan MA63 belum mencapai peringkat yang diinginkan walaupun ada beberapa perkara sudah dikembalikan kepada Sabah.
Beliau berkata, antaranya beberapa peruntukan yang telah disalurkan kepada kerajaan negeri namun masih belum menepati jumlah yang mutlak sebagaimana termaktub di dalam MA63.
“Bagi mencapai agenda MA63 (sebahagian) yang sudah dikembalikan, tetapi isi perjanjian belum jelas walaupun kita sudah mula dapat peruntukan yang banyak.
“Namun untuk mencapai satu angka mutlak (dalam MA63), semua parti tempatan perlu bersatu supaya kita dapat tubuhkan kerajaan yang kukuh seperti Sarawak.
“(Walaupun) kita belum bersedia (seperti Sarawak), tetapi kita mesti mula mengorak langkah awal dengan memastikan semua parti tempatan bekerjasama,” tegasnya. Sehubungan itu katanya, semua parti tempatan perlu bertanding sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kerusi yang ada pada PRN17 akan datang
Awang Ahmad berkata, beliau secara peribadi lebih menyukai jika semua parti tempatan bertanding pada PRN17 tanpa melibatkan kerjasama dengan parti-parti luar.
“Secara peribadi, saya lebih suka semua parti tempatan yang bertanding dan jika ada pun parti-parti daripada semenanjung, ‘let them be on their own’ (biarkan mereka bersendirian).
“Saya ada berjumpa ramai rakan yang berada dalam parti-parti luar ini dan mereka sendiri menyatakan mahu parti tempatan dan akan berikan sokongan kuat (pada PRN17).
“Maknanya, ini adalah sentimen rakyat yang perlu diambil perhatian supaya kita dapat bersatu dan menterjemah kemahuan kita khususnya hak kita dalam MA63,” tegasnya.
Justeru, katanya, Sabah bakal menjadi wilayah terkaya sekali gus mampu membawa kemajuan mapan kepada rakyat jika semua hak dalam MA63 ditunaikan hasil daripada gabungan semua parti tempatan.
