Parti Wawasan Negara sah sertai PN

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:12 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Parti Wawasan Negara sah sertai PN

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) kini secara rasmi mempunyai sebuah lagi parti komponen apabila Parti Wawasan Negara disahkan menjadi anggota gabungan itu susulan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, RoS meluluskan permohonan pertukaran nama PCM kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lalu, sekali gus menjadikan parti itu sah sebagai anggota PN pada tarikh sama.

“PN menerima pemakluman bahawa pihak RoS telah meluluskan permohonan pertukaran nama PCM kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai 2026.

“Sehubungan dengan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota PN atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5, Perlembagaan PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkembangan itu dilihat memperkukuh struktur PN menjelang landskap politik yang semakin dinamik, selain membuka lembaran baharu kepada Parti Wawasan Negara sebagai parti komponen rasmi dalam gabungan berkenaan.

Penyertaan itu juga menandakan berakhirnya proses penjenamaan semula PCM selepas mendapat kelulusan rasmi daripada RoS.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara yang disifatkan sebagai platform politik baharu bagi memperluaskan perjuangan dan sokongan dalam PN.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved