Pas akan teliti draf MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang

Politics
18 Apr 2024 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tuan Ibrahim ketika ditemui pemberita Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.

image is not available
Tuan Ibrahim memberi ucapan kepada tetamu sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.

KOTA BHARU - Pas menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan yang pada dasarnya sudah bersetuju mempertimbangkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikatakan akan diberikan kepada ahli Parlimen terbabit.

"Kita menyambut baik keputusan itu namun akan meneliti kandungan MoU tersebut terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Tuan Ibrahim juga berharap keputusan berkenaan akan mengembalikan fungsi semak dan imbang pembangkang yang lebih efektif untuk membangunkan negara.

"Peruntukan itu juga diharap dapat diselaraskan dengan semua negeri dalam keadaan sama rata," katanya.

Tuan Ibrahim sebelum itu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.

**media[2618592]**

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

Tuan Ibrahim memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyebut perkara itu di Parlimen dan kerajaan sedia berunding dengan pembangkang.

"Kita tidak dapat memberi sebarang jaminan setakat ini dan akan menunggu serta melihat hasil mesyuarat Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu," katanya.