Pas ancam protes jika Trump hadir Sidang Kemuncak ASEAN

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 11:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pas memberi amaran akan menggerakkan protes besar-besaran rentas kaum dan agama sekiranya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan di Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, menjemput Trump adalah tindakan yang bercanggah dengan pendirian kemanusiaan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang bersolidariti dengan Palestin.

“Bagi kita memang wajib untuk turun menentang. Kita protes bukan hanya terhadap kedatangannya, tetapi terhadap jemputan itu sendiri. Apakah orang seperti ini layak menerima jemputan dalam sidang sebesar ini, ketika kita menjadi Pengerusi ASEAN?” katanya seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette pada Rabu.

Baca juga:

Solidariti dengan Palestin

Takiyuddin berkata, rakyat Malaysia tidak boleh bersikap hipokrit, di satu sisi menyatakan simpati kepada Gaza tetapi pada masa sama menyambut tokoh yang dikaitkan dengan rejim Zionis.

“Kalau betul-betul dia (Trump) datang, kenapa tidak kita sebagai rakyat Malaysia tunjukkan pendirian kita? Kalau dia tak mahu jumpa pun, kita tetap akan tunjukkan protes besar-besaran.

“Di negara-negara Barat pun rakyat turun bantah, apatah lagi kita di Malaysia Madani ini. Takkanlah kita nak sambut Trump, orang yang tangannya masih berlumuran darah rakyat Palestin,” katanya.