Pas bantah promosi, jualan arak secara terbuka

7 Jan 2023 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jamsari Samad

BUKIT MERTAJAM - Pas Permatang Pauh menyatakan kekesalan di atas penjualan terbuka arak di sebuah pusat membeli-belah di Seberang Jaya.

Ketua Penerangannya, Jamsari Samad berkata, pihaknya menuntut agar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil tindakan segera menghentikan promosi minuman keras tersebut bagi menghormati sensitiviti masyarakat Islam di sini.

"Adakah ini juga polisi pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP membenarkan penjualan arak secara terbuka di pusat beli-belah?

"Diharapkan pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut menjaga sensitiviti masyarakat sekitar yang majoriti muslim di Seberang Jaya ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Jamsari berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Fawwaz Mohd Jan telah pun menghubungi pihak pusat membeli-belah terbabit menyatakan bantahan.

Sinar Harian difahamkan promosi jualan minuman keras itu diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dalam masa sama Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada MBSP mengenai isu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved