Pas cuba 'memancing' komponen BN dengan tawaran tak pasti - Ahmad Zahid

LocalPolitics
2 Sep 2025 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Pelawaan Pas kepada MIC dan MCA untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai usaha untuk memancing parti komponen BN dengan tawaran tidak pasti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga dilihat sebagai bersifat peribadi.

"Saya tahu ada usaha-usaha dijalankan oleh mereka untuk memancing rakan-rakan dalam komponen BN dengan tawaran-tawaran yang belum tentu menjanjikan satu manifestasi yang menguntungkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Isnin.

AKAN MENYUSUL