PAS Dakwa Pakaian Jururawat Wanita Ketat, Tidak Patuh Syariah

16 Jun 2023 • 10:37 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa ketat dan tidak patuhi syariah.

Menurut laporan Buletin TV3, Razali menggesa agar Kementerian Kesihatan (KKM) membuat telitian semula mengenai perkara terbabit termasuklah memberi kelonggaran kepada klinik atau hospital untuk menentukan sendiri etika pemakaian uniform yang bersesuaian.

Ujarnya, kebanyakkan jururawat di hospital atau klinik memakai uniform terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan yang dianggap seperti mengikut gaya barat.

image is not available

“Kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan Barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya.

image is not available

Sementara itu, dia memuji dua hospital di Kelantan dan Pahang yang memberi kelonggaran kepada pekerja wanita dengan memberi pilihan mengenakan pemakaian yang bersesuaian.

“Contohnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

“Tahniah diucapkan kepada kedua-dua hospital yang memberi pilihan etika pakaian lebih baik kepada pekerja,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Buletin TV3