PAS enggan umum calon PM, bimbang diletak jongkong emas & dadah dalam kereta – Hadi Awang

LocalPolitics
18 Oct 2025 • 7:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Abdul Hadi Awang berucap di pentas dengan mikrofon, menjelaskan sebab PAS enggan umum calon perdana menteri atas faktor keselamatan.

image is not available

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan partinya memilih untuk tidak menamakan calon perdana menteri buat masa ini atas faktor keselamatan dan integriti calon. Katanya, langkah itu bagi mengelak sebarang cubaan sabotaj atau khianat terhadap individu yang bakal dicalonkan.

Menurut Hadi, pengalaman menunjukkan bahawa calon yang terlalu awal diumumkan berisiko menjadi sasaran pihak tertentu.

“Kalau orang tahu dia calon perdana menteri, disogoknya jongkong emas, letak jongkong emas dalam kereta, letak dadah dan sebagainya, akhirnya tak boleh bertanding,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Rabu, 15 Oktober 2025.

Baca juga:

Beliau menegaskan keutamaan PAS ketika ini ialah memastikan kemenangan dalam pilihan raya sebelum menamakan individu berkenaan.

“Yang penting, kami memilih pemimpin berintegriti, bukan tentukan orang dulu tapi pastikan dia menang pilihan raya,” katanya.

Berbeza pendirian dengan Bersatu

Walaupun Bersatu telah menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional (PN), PAS yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam gabungan itu kekal berpendirian untuk menangguhkan pengumuman.

Spekulasi turut timbul bahawa PAS mungkin lebih cenderung menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang juga timbalan presiden Bersatu. Namun, Hadi sebelum ini pernah menegaskan bahawa mereka yang berumur lebih 70 tahun tidak sepatutnya diangkat sebagai perdana menteri.

Sumber: MalaysiaKini